listen to the wind come howl...

Wednesday, March 11, 2009

Takbur

There's something I want to share..
This is a reminder to myself and to readers as well Insyallah..

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan 5 cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri iaitu:

Apabila bersua dengan kanak-kanak, anggaplah dia
lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum
mempunyai dosa berbanding diri kita...

Apabila kita bersua dengan orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama
beramal ibadah kepada Allah...

Apabila bersua orang alim, anggaplah beliau lebih
mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang
diketahui tetapi kita belum mengetahuinya...

Apabila bersua dengan orang jahil, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa
disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa
tetapi memiliki ilmu...

Apabila bersua dengan orang kafir katakanlah dalam
hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan
memeluk Islam dan diampunkan oleh Allah swt.
sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-
menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan
pahala tidak mampu kita pastikan.
posted by humanotion at 7:38 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home